KETIKA CINTA BERTASBIH

November 20, 2009 by amirhaykal
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini
Hampa…

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta…

RUSLI TETIBE KENE MAGRAIN

May 15, 2009 by amirhaykal

 

headache

 

 

14 Mei 2009

Malamni kami baru balik dari melaka berjunpa dengan big boss kami yangmasih ada urusan disana. Pelik, asalkan nak ke melaka rusli akan jatuh sakit.skrgni semasa aku tgh menaip post ini, rusli tgh tido sebab sakit kepala. Katanya sakit itu berpunca dari matanya..mungkin juga kerana spek mata yang dipakai sudah tidak seiringan dengan power yang sepatutnya akhirnya menyebabkan magrain..Pasni xleh bawak rusli ke Melaka dah…kalu ke sana mesti sakit…semoga ko cpt sembuh li……

STREET RACING…AYO! JOIN AKU

May 14, 2009 by amirhaykal

Jom join facebook, pastu masuk street racing. pagi ni dah xde keje lain, awal2 pagi bukak PC pastu buka web street racing.hehehehhe.trill, games yang mencabar minda dan kesabaran disamping dapat menambahkan networking untuk menjadi crew.kalau dahulu aku x sehebat mana dan hanya menjadi mangsa belasahan kereta lain yang crew dan levelnya yang lebih tinggi.Sekarang tidak lagi, aku sudah mencapai tahap matang dan mendapat level 50 pada pagi ini..hehehehhe.AYO JOIN STREET RACING dalam facebook.

KEKALAHAN DOTA BERGANDA (TRIPLE KILL!!!!!!!!)

May 14, 2009 by amirhaykal

dota

 13 mEI 2009

Kekalahan dota yang amat memalukan pada malam ini..telah pergi ke gelangang dotanet utk melepaskn tensen keje hari ini.Huhuhuhu..aku ,pejo,jot,rusli dan muhazam(pemain import) konon dengan ada pemain ini, pasukan kami lengkap dan layak digelar clan .tetapi malang tidak berbau, rupa2nya malam ini serba tidak menjadi. TIga games merupa tiga games yang amat memeritkan. kekalahan demi kekalahan kami alami..sampai makin tesen plak.hehehhehe. Kami balik dengan hampa dan harapan untuk menebus kekalahan kami pada masa hadapan…geramnya kami sebab malamni kalah main dota. Mungkin esok hari kami plak.hahahahhahhahahah.DOTANET nanti kami pada masa hadapan dengan skill kami yang baru plak.

MELANCONG KE MELAKA DALAM MASA 4 JAM

May 13, 2009 by amirhaykal

eye of melaka

12 Mei 2009

Semalam aku aku ke melaka bersama rusli ..heheheh..xpi bukan utk melancong atau bersiar-siar, tapi atas urusan kerja iaitu menghantat dokumen2 penting untuk ditandatangan oleh big bos aku. Aku bertolak pada jam 3 petang, perjalanan yang mengambil masa 1 setengah jam utnuk sampai disana. Syukur kami kesana menaiki NAZA yang dipandu oleh abg Osman. Abg Osman peramah orangnya, kalu bersembag dengan nya sampai esok pun x abes..hahahhaha..banyak sgt idea nak sembang. Aku melayan jela sambil mendengar lagu yang aku burn .Ruslie plak dah lena kat belakang.hahahahah. Aku sampai kat sana kul 430 petang. Big boss aku ade kerja di hotel rennaisse Melaka. aku tunggu la…sekali sampai kul 7 malam baru dia kuar..mak ai…lama giler..ingatkan pastu dia terus nak sain , sekali dia ajak g makan asam pedas melaka. aku pun followla..org belanja.hehehhehe. Betol kata org, asam pedas kat melaka memang THE BEST!..pas makan barula big boss aku buat keje dia.kul 9 mlm baru siap..alahai..selepas tu aku pun balik.dalam kul 11 malam baru sampai UPM. Rusli bleh plak jatuh sakit malam tue..tetibe demam…alahai…cian kat dia…

KEMPEN KEMAS BILIK AKU ABES-ABESAN…

May 12, 2009 by amirhaykal
contoh keadaan bilik aku sebelum kemas

11 Mei 2009 ,

7 malam, semua ahli bilik aku buat tabiat, masih tetibe rajin nak kemas bilik, semua sampah, baju, kertas, buku, dibuangnya.kat blok kolej L1 penuh dengan sampah bilik aku. bawah katil aku dah clear dah..hampir sume barang aku buang kt bawah katil aku tue..mcm2 ade kat bawah tue..siap ada sijil aku yang ntah zaman bila ntah…tue baru bawah katil aku, bawah katil jot lagila, penuh dengan mcm2 benda,siap ada bungkusan makanan ntah zaman bila ntah..siap berkulat lagi..hahahahhahaha.lawak2..kalu dulu member2 masuk bilik aku, mesti terkejut dengan kesepahan bilik aku, xpi sekarang aku yakin dengan revolusi bilik aku.kini bilik aku kemas, sekemas bilik ppuan.hahahhahahah..aku nak tgk sampai bila bilika ku bleh bertahan dengan kekemasan ini..AYO!bertahan!

DOTA! SEMALAM KEMENANGAN GAMES DOTAKU YANG TERHEBAT

May 11, 2009 by amirhaykal

loading dota

Semalam bersama 10 Mei 2009 (Ahad) merupakan hari kemenanagan aku bermain Dota (defend of the ancient) salah satu games yang terdapat dalam warcraft. Games ini merupakan game kegilaan semua muda-mudi masa kini…aku mengenali games ini semenjak aku berada di semester kedua ketika aku belajar di UPM. Ketika itu dota merupakan game yang memberikan impak yang besar kepada pelajar yang menetap di blok L1…semalam aku, pejo, jot dan rusli telah bermain dota di cc Dotanet yang bertempat dihadapan south city plaza di seri kembangan. Pada 4 games pertama kami dibelasah oleh clan lain yang lagi pro pada kami, tetapi kami tidak pernah putus asa. Dengan pengalaman yang ada, pada games terakhir kami telah mendapat kemenangan yang besar melawan team yang sama..aku memakai hero iaitu Ezalor telah mendapat mega KILL..satu percapaian yang amat memberangsangkan..huhuhuhhuh…semoga aku menjadi lagi hebat selepas ini!  idup chelsea! chelsea juga menang lawan Arsenal semalam…yahoo….

AYO! KITA KE BANDUNG YA..

May 6, 2009 by amirhaykal

p50303301Wah…aku baru sahaja pulang dari indonesia, bersiar-siar disana untuk merelaxkan otak dan fikiranku yg capet(penat) ini.hehehe. Berbekalkan cuti selama 4 hari bermula 1 mei 2009 ,aku berangkat ke destinasi pertama iaitu jakarta, ibukota indonesia. pada awalnya, jangkaan aku terhadap ibu kota itu biasa sahaja, ternyata jakarta lagi happening dari kuala lumpur.pembangunan yang pesat kalu dilihat waktu malam, amat indah…aku agak shock jugak…huhuhuhuhu

Malam pertama aku bermalam di hotel traveler ,jakarta.dari situ terasa kepenatan akibat perjalanan jauh dengan menaiki bas persiaran yang di kendalikan oleh Pak Andry yang menjaga kami dan memberi kami input berkenaan negara ibundanya iaitu Indonesia.Pak Andry ditemani dengan pak Aiman dan Pak Andy.Selama 4 hari mereka terpaksa bersaba dengan karenah kami 18 org geng HEP.

Hari kedua bermulala perjalanan kami ke bandung, pusat shoping terkenal di indonesia. Bandung terkenal dengan barang-barang yang murah dan original yang dijual di factory outlet. Aku yang berbekal wang satu juta Rupiah juga tidak turut ketinggalan dalm aktiviti yang digemari oleh wanita iaitu SHOPPING.heheheh. sekali sekala je. Aktiviti shopping ini berlarutan sampai jam 9 malam..terasa nak tercabut lutut aku pada malam tu. Oleh sbb kepenatan yang teramat sangat aku terpaksa mengguna khidmat urutan dari hotel yang aku tinggal untuk melegakan rasa kepenatanku..hanya Rp80 000 sahaja sudah memadai utk menikmati rasa urutan yang bagus banget.

Hari ketiga, kami dibawa melawat gunung berapi tangkuban perahu..gunung ini masih aktif sehingga sekarang. lawatan kami kesana amat mengangumkan kerana tempatnya amat indah, rugi rasanya jika sesiapa yang datang ke bandung tidak singgah ke Tangkuban Perahu..selepas itu , kami ke tempat shopping lagi iatu Pasar baru. Disana aku berjumpa dengan kenalan ku dari Facebook iaitu IRMA. kami hanya berkenalan baru seminggu dan tak sangka dapat berjupe disana.Irma orangya baek banget…Aku harap bisa ketemu dia lagi suatu hari nanti..hehehehe.

Hari keempat, hari terakhir kami di bandung. awal-awal pagi lagi sudah bertolak ke jakarta. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam untuk sampai . Kami sampai ke Mangga Dua utnuk ke ITC Mangga Dua utntuk akviti shopping terakhir. disana aku bershopping CD-CD korean…aku berabes RP 150,000. harga nya amat murah sekali.banyak cerita-cerita korean yang bagus2…

Tepat jam 7.00 kami bertolak dari lapangan terbang Jakarta ke Malaysia dengan  menaiki kapal terbang KLM dutch airlines dan kami samapai jam 10.30 mlm di Malaysia. Bermacam-macam pengalaman yang aku lalui disana, tetapi biarla ia menjadi rahsia aku..heheheheh….kalu ada peluang  jangn lupa ke sana ye! ayo!

Salam Perkenalan

April 28, 2009 by amirhaykal

3-copy1

Salam Tahun Baru 2009.

Tahun 2008 telah mewakafkan kita dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tentunya mematangkan kita untuk menghadapi cabaran masa depan. Pencapaian cemerlang tahun 2008 tidak bermakna kita mempunyai ruang untuk berkompromi bagi terus mengumpul kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun ini.

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu telah menyebabkan negara menghadapi masalah pengangguran yang tinggi di kalangan mereka yang berijazah. Terdapat beberapa faktor daya saing yang boleh menyumbang kepada kualiti dan kebolehpasaran graduan. Memetik kata-kata daripada Albert Einstein,  ‘Try not to become a man of success but rather try to become a man of value.Dalam dunia yang semakin mendesak untuk manusia lebih pantas dan bijak melakukan kerja harian, kita tidak dapat tidak perlu mengadaptasikan eleman-eleman Kemahiran Insaniah. Keupayaan menguasai eleman ini mampu memperkemaskan dan memperkasakan nilai diri yang lebih relevan serta berdaya saing.

Corak landskap negara pada tahun 2009 ini dijangka lebih mencabar dan kompleks, termasuklah mengenai isu keamanan sejagat. Rentetan itu, kita harus bersedia dari segala sudut agar apa jua cabaran yang mendatang, kita mampu hadapinya. Sewajarnya kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat keamanan yang dikecapi berbanding dengan negara-negara luar, yang tidak putus-putus berdepan dengan pelbagai konflik.

Akhir kata, semoga tahun 2009 ini akan membawa lebih kejayaan besar dalam diri kita!

Sekian.

Minggu Teater Muzikal

April 28, 2009 by amirhaykal

Dalam Diari Akademi Fantasia hari pertama minggu kelapan yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, kita dapat melihat reaksi pelajar apabila mendapat tugasan untuk konsert minggu ini. Bersesuaian dengan latar belakang dan kekuatan Principal, minggu ini menyaksikan 6 pelajar ini duji dengan lagu-lagu dari teater muzikal yang pernah dipentaskan

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

PELAJAR LELAKI

AKIM – TITAH SULTAN (PGL)

YAZID – RATU NOVELLA (IMPAK MAKSIMA)
HAFIZ – DIMANAKAN KU CARI GANTI (P.RAMLEE THE MUSICAL)

PELAJAR WANITA

ISMA – MULANYA CINTA (P.RAMLEE THE MUSICAL)

AISHAH – SLOT AKASIA (IMPAK MAKSIMA)

CLAUDIA – KATAKAN (PGL)

LAGU BONUS

DEWA PERANG (PGL) & WHAT TIME IS IT (HIGH SCHOOL MUSICAL)