Monthly Archives: April 2009

Salam Perkenalan

3-copy1

Salam Tahun Baru 2009.

Tahun 2008 telah mewakafkan kita dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tentunya mematangkan kita untuk menghadapi cabaran masa depan. Pencapaian cemerlang tahun 2008 tidak bermakna kita mempunyai ruang untuk berkompromi bagi terus mengumpul kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun ini.

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu telah menyebabkan negara menghadapi masalah pengangguran yang tinggi di kalangan mereka yang berijazah. Terdapat beberapa faktor daya saing yang boleh menyumbang kepada kualiti dan kebolehpasaran graduan. Memetik kata-kata daripada Albert Einstein,  ‘Try not to become a man of success but rather try to become a man of value.Dalam dunia yang semakin mendesak untuk manusia lebih pantas dan bijak melakukan kerja harian, kita tidak dapat tidak perlu mengadaptasikan eleman-eleman Kemahiran Insaniah. Keupayaan menguasai eleman ini mampu memperkemaskan dan memperkasakan nilai diri yang lebih relevan serta berdaya saing.

Corak landskap negara pada tahun 2009 ini dijangka lebih mencabar dan kompleks, termasuklah mengenai isu keamanan sejagat. Rentetan itu, kita harus bersedia dari segala sudut agar apa jua cabaran yang mendatang, kita mampu hadapinya. Sewajarnya kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat keamanan yang dikecapi berbanding dengan negara-negara luar, yang tidak putus-putus berdepan dengan pelbagai konflik.

Akhir kata, semoga tahun 2009 ini akan membawa lebih kejayaan besar dalam diri kita!

Sekian.

Leave a comment

Filed under Kehidupan Harian

Minggu Teater Muzikal

Dalam Diari Akademi Fantasia hari pertama minggu kelapan yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, kita dapat melihat reaksi pelajar apabila mendapat tugasan untuk konsert minggu ini. Bersesuaian dengan latar belakang dan kekuatan Principal, minggu ini menyaksikan 6 pelajar ini duji dengan lagu-lagu dari teater muzikal yang pernah dipentaskan

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

PELAJAR LELAKI

AKIM – TITAH SULTAN (PGL)

YAZID – RATU NOVELLA (IMPAK MAKSIMA)
HAFIZ – DIMANAKAN KU CARI GANTI (P.RAMLEE THE MUSICAL)

PELAJAR WANITA

ISMA – MULANYA CINTA (P.RAMLEE THE MUSICAL)

AISHAH – SLOT AKASIA (IMPAK MAKSIMA)

CLAUDIA – KATAKAN (PGL)

LAGU BONUS

DEWA PERANG (PGL) & WHAT TIME IS IT (HIGH SCHOOL MUSICAL)

Leave a comment

Filed under Berita Hiburan Luar