7 Hari Mencintaiku

Novel terbaru dari siti rosmizah ( penulis novel yang paling aku minati), bayangkan buku novel setebal 1050 pages…cite ni penuh dengan dramatik..kisah yg berbeza dengan novel2 lain..harapan aku cite ni di dramakan seperti cerita NORA ELEENA..ini serba sedikit sipnosis cite nie…kalu ade yg nak pinjam..gtau je ye…

 

Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So … apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! “Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

 

Harga untuk novel 7 Hari Mencintaiku
RM 32.90 untuk semenanjung 
RM 35.90 untuk sabah dan sarawak
1050 pages…

 

Leave a comment

Filed under novel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s