Category Archives: Kehidupan Harian

tentang kehidupan aku seharian

SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZ-YAN

Sabtu lalu …aku bersama2 isteri tercinta pegi ke majlis perkawinan member baik masa aku jadi felo k15 dulu..x sangka gak..diorg ni kawin..mengejutkan…sbb dua2 ni pon felo k15..bercinta dlam senyap..tau2 dah tunang  dan kawin..mmg jodoh betol..huhuhu…aku doakan semoga pasangan ni bahagia hingga keanak cucu,…tahniah brooooo…

Leave a comment

Filed under Kehidupan Harian

NURKASIH THE MOVIE (THE BEST)

semalam aku tgk cite ni pas balik keje…kul 5.30 dah terpacak kat pawagam kat balakong..perrr….penuh lagi …bila amsuk je..penuh dengan air mata..kalu sume air mata ut di kumpulkan..mahu penuh satu kolam kat UPM ni..isk2..betol2 menyakit dada aku ni…setiap babak dia membuatkan aku terpaksa kontrol rasa sedih…mmg cite ni cite terhebat!!!!

2 Comments

Filed under Kehidupan Harian

RUSLI TETIBE KENE MAGRAIN

 

headache

 

 

14 Mei 2009

Malamni kami baru balik dari melaka berjunpa dengan big boss kami yangmasih ada urusan disana. Pelik, asalkan nak ke melaka rusli akan jatuh sakit.skrgni semasa aku tgh menaip post ini, rusli tgh tido sebab sakit kepala. Katanya sakit itu berpunca dari matanya..mungkin juga kerana spek mata yang dipakai sudah tidak seiringan dengan power yang sepatutnya akhirnya menyebabkan magrain..Pasni xleh bawak rusli ke Melaka dah…kalu ke sana mesti sakit…semoga ko cpt sembuh li……

2 Comments

Filed under Kehidupan Harian

MELANCONG KE MELAKA DALAM MASA 4 JAM

eye of melaka

12 Mei 2009

Semalam aku aku ke melaka bersama rusli ..heheheh..xpi bukan utk melancong atau bersiar-siar, tapi atas urusan kerja iaitu menghantat dokumen2 penting untuk ditandatangan oleh big bos aku. Aku bertolak pada jam 3 petang, perjalanan yang mengambil masa 1 setengah jam utnuk sampai disana. Syukur kami kesana menaiki NAZA yang dipandu oleh abg Osman. Abg Osman peramah orangnya, kalu bersembag dengan nya sampai esok pun x abes..hahahhaha..banyak sgt idea nak sembang. Aku melayan jela sambil mendengar lagu yang aku burn .Ruslie plak dah lena kat belakang.hahahahah. Aku sampai kat sana kul 430 petang. Big boss aku ade kerja di hotel rennaisse Melaka. aku tunggu la…sekali sampai kul 7 malam baru dia kuar..mak ai…lama giler..ingatkan pastu dia terus nak sain , sekali dia ajak g makan asam pedas melaka. aku pun followla..org belanja.hehehhehe. Betol kata org, asam pedas kat melaka memang THE BEST!..pas makan barula big boss aku buat keje dia.kul 9 mlm baru siap..alahai..selepas tu aku pun balik.dalam kul 11 malam baru sampai UPM. Rusli bleh plak jatuh sakit malam tue..tetibe demam…alahai…cian kat dia…

3 Comments

Filed under Kehidupan Harian

KEMPEN KEMAS BILIK AKU ABES-ABESAN…

contoh keadaan bilik aku sebelum kemas

11 Mei 2009 ,

7 malam, semua ahli bilik aku buat tabiat, masih tetibe rajin nak kemas bilik, semua sampah, baju, kertas, buku, dibuangnya.kat blok kolej L1 penuh dengan sampah bilik aku. bawah katil aku dah clear dah..hampir sume barang aku buang kt bawah katil aku tue..mcm2 ade kat bawah tue..siap ada sijil aku yang ntah zaman bila ntah…tue baru bawah katil aku, bawah katil jot lagila, penuh dengan mcm2 benda,siap ada bungkusan makanan ntah zaman bila ntah..siap berkulat lagi..hahahahhahaha.lawak2..kalu dulu member2 masuk bilik aku, mesti terkejut dengan kesepahan bilik aku, xpi sekarang aku yakin dengan revolusi bilik aku.kini bilik aku kemas, sekemas bilik ppuan.hahahhahahah..aku nak tgk sampai bila bilika ku bleh bertahan dengan kekemasan ini..AYO!bertahan!

4 Comments

Filed under Kehidupan Harian

AYO! KITA KE BANDUNG YA..

p50303301Wah…aku baru sahaja pulang dari indonesia, bersiar-siar disana untuk merelaxkan otak dan fikiranku yg capet(penat) ini.hehehe. Berbekalkan cuti selama 4 hari bermula 1 mei 2009 ,aku berangkat ke destinasi pertama iaitu jakarta, ibukota indonesia. pada awalnya, jangkaan aku terhadap ibu kota itu biasa sahaja, ternyata jakarta lagi happening dari kuala lumpur.pembangunan yang pesat kalu dilihat waktu malam, amat indah…aku agak shock jugak…huhuhuhuhu

Malam pertama aku bermalam di hotel traveler ,jakarta.dari situ terasa kepenatan akibat perjalanan jauh dengan menaiki bas persiaran yang di kendalikan oleh Pak Andry yang menjaga kami dan memberi kami input berkenaan negara ibundanya iaitu Indonesia.Pak Andry ditemani dengan pak Aiman dan Pak Andy.Selama 4 hari mereka terpaksa bersaba dengan karenah kami 18 org geng HEP.

Hari kedua bermulala perjalanan kami ke bandung, pusat shoping terkenal di indonesia. Bandung terkenal dengan barang-barang yang murah dan original yang dijual di factory outlet. Aku yang berbekal wang satu juta Rupiah juga tidak turut ketinggalan dalm aktiviti yang digemari oleh wanita iaitu SHOPPING.heheheh. sekali sekala je. Aktiviti shopping ini berlarutan sampai jam 9 malam..terasa nak tercabut lutut aku pada malam tu. Oleh sbb kepenatan yang teramat sangat aku terpaksa mengguna khidmat urutan dari hotel yang aku tinggal untuk melegakan rasa kepenatanku..hanya Rp80 000 sahaja sudah memadai utk menikmati rasa urutan yang bagus banget.

Hari ketiga, kami dibawa melawat gunung berapi tangkuban perahu..gunung ini masih aktif sehingga sekarang. lawatan kami kesana amat mengangumkan kerana tempatnya amat indah, rugi rasanya jika sesiapa yang datang ke bandung tidak singgah ke Tangkuban Perahu..selepas itu , kami ke tempat shopping lagi iatu Pasar baru. Disana aku berjumpa dengan kenalan ku dari Facebook iaitu IRMA. kami hanya berkenalan baru seminggu dan tak sangka dapat berjupe disana.Irma orangya baek banget…Aku harap bisa ketemu dia lagi suatu hari nanti..hehehehe.

Hari keempat, hari terakhir kami di bandung. awal-awal pagi lagi sudah bertolak ke jakarta. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam untuk sampai . Kami sampai ke Mangga Dua utnuk ke ITC Mangga Dua utntuk akviti shopping terakhir. disana aku bershopping CD-CD korean…aku berabes RP 150,000. harga nya amat murah sekali.banyak cerita-cerita korean yang bagus2…

Tepat jam 7.00 kami bertolak dari lapangan terbang Jakarta ke Malaysia dengan  menaiki kapal terbang KLM dutch airlines dan kami samapai jam 10.30 mlm di Malaysia. Bermacam-macam pengalaman yang aku lalui disana, tetapi biarla ia menjadi rahsia aku..heheheheh….kalu ada peluang  jangn lupa ke sana ye! ayo!

Leave a comment

Filed under Kehidupan Harian

Salam Perkenalan

3-copy1

Salam Tahun Baru 2009.

Tahun 2008 telah mewakafkan kita dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tentunya mematangkan kita untuk menghadapi cabaran masa depan. Pencapaian cemerlang tahun 2008 tidak bermakna kita mempunyai ruang untuk berkompromi bagi terus mengumpul kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun ini.

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu telah menyebabkan negara menghadapi masalah pengangguran yang tinggi di kalangan mereka yang berijazah. Terdapat beberapa faktor daya saing yang boleh menyumbang kepada kualiti dan kebolehpasaran graduan. Memetik kata-kata daripada Albert Einstein,  ‘Try not to become a man of success but rather try to become a man of value.Dalam dunia yang semakin mendesak untuk manusia lebih pantas dan bijak melakukan kerja harian, kita tidak dapat tidak perlu mengadaptasikan eleman-eleman Kemahiran Insaniah. Keupayaan menguasai eleman ini mampu memperkemaskan dan memperkasakan nilai diri yang lebih relevan serta berdaya saing.

Corak landskap negara pada tahun 2009 ini dijangka lebih mencabar dan kompleks, termasuklah mengenai isu keamanan sejagat. Rentetan itu, kita harus bersedia dari segala sudut agar apa jua cabaran yang mendatang, kita mampu hadapinya. Sewajarnya kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat keamanan yang dikecapi berbanding dengan negara-negara luar, yang tidak putus-putus berdepan dengan pelbagai konflik.

Akhir kata, semoga tahun 2009 ini akan membawa lebih kejayaan besar dalam diri kita!

Sekian.

Leave a comment

Filed under Kehidupan Harian