Welcome To Amirhaykal

Salam Tahun Baru 2009.

Tahun 2008 telah mewakafkan kita dengan pelbIMG0124Aagai pengalaman dan kenangan yang tentunya mematangkan kita untuk menghadapi cabaran masa depan. Pencapaian cemerlang tahun 2008 tidak bermakna kita mempunyai ruang untuk berkompromi bagi terus mengumpul kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun ini.

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu telah menyebabkan negara menghadapi masalah pengangguran yang tinggi di kalangan mereka yang berijazah. Terdapat beberapa faktor daya saing yang boleh menyumbang kepada kualiti dan kebolehpasaran graduan. Memetik kata-kata daripada Albert Einstein,  ‘Try not to become a man of success but rather try to become a man of value.Dalam dunia yang semakin mendesak untuk manusia lebih pantas dan bijak melakukan kerja harian, kita tidak dapat tidak perlu mengadaptasikan eleman-eleman Kemahiran Insaniah. Keupayaan menguasai eleman ini mampu memperkemaskan dan memperkasakan nilai diri yang lebih relevan serta berdaya saing.

Corak landskap negara pada tahun 2009 ini dijangka lebih mencabar dan kompleks, termasuklah mengenai isu keamanan sejagat. Rentetan itu, kita harus bersedia dari segala sudut agar apa jua cabaran yang mendatang, kita mampu hadapinya. Sewajarnya kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat keamanan yang dikecapi berbanding dengan negara-negara luar, yang tidak putus-putus berdepan dengan pelbagai konflik.

Akhir kata, semoga tahun 2009 ini akan membawa lebih kejayaan besar dalam diri kita!

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s